Jumaat, 11 Mac 2011

Anak Pertamaku...




Anakku,
Walaupun kisah ini dah lama berlalu, tetapi daddy tetap akan ingat, 2/1/2006 saat anakku di lahirkan. Saat itu betapa gembiranya daddy kerana menjadi seorang ayah. Burung-burung berkicau-kicauan, awan berarak dengan perlahan.... agaknya la... masa tu daddy kat dalam hospital anakku, tak nampak pun.

Julietta Fazliani
Anakku memang seorang yang comel, bulu mata yang panjang dan lentik macam daddy. Tapi bukti telah daddy hapuskan... hehehe. Keluar dari hospital kita telah balik ke Kampung Seri Bunut, Parit Raja. Disitu anakku, Nenek dan Pak Ngah sedang menunggu. Mereka gembira anakku, tapi nenekmu ketika itu masih demam dan tak berapa sihat. Selang beberapa hari daddy ingin membuat surat kelahiranmu, tetapi ada surat tertinggal di Johor Bahru. Petang itu kita bertolak ke Johor Bahru dan berkata kepada nenek akan kembali ke kampung.pada hari esoknya. Nenek sempat melihatmu dah berkata, "sudah putih cucu nenek nie", sebelum kita bertolak.


Anakku,
Kita dah sampai di Johor Bahru anakku, kita berehat dan besok pagi kita akan balik ke kampung semula. Pukul 3.00 pagi, mummy mendapat pangilan telefon dari pak ngahmu yang mengatakan nenekmu sakit tenat. Kita terpaksa bergerak semula  ke kampung anakku. Dalam perjalanan menuju ke kampung, sekali kali Pak Ngah menelefon Mummy mu, dan kali ini nenekmu sudah tiada anakku....innalillahiwainnailaihirojiun.


Anakku,
Selepas majlis mengurus jenazah nenekmu selesai, kita balik ke kampung daddy di Linggi, Negeri Sembilan. Kesian mummy dan anakku terpaksa berjalan jauh. Di kampung Linggi anakku... atuk, wan, mak cik, mak tam, pak ndak dan pak su sedang menunggu mu. Anakku lah cucu pertama atuk dan wan.



Anakku,
Daddy tak ada gambarmu semasa dalam hari anakku, kerana tak teringat diwaktu itu. Tapi video ini khas untuk anakku yang comel. hehehe.. gugu gaga...

* Al-fatihah untuk Arwah Asnah bte Md.Sulong, 12/3/1949 - 7/1/2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan