Memaparkan catatan dengan label Julia Farhana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Julia Farhana. Papar semua catatan

Khamis, 14 Januari 2016

Projek Video Lego anak yang daddy terkejut..

Dah lama daddy tak update blog. Tapi semalam 14/01/2016 bila nak tolong delete fail telefon anak. Daddy terjumpa lak video kreatif anak-anak daddy... macam tak percaya lak anak daddy buat pakai phone samsung galaxy y jer.... daddy pun tak pandai nak buat camtu... hahaha.. sebab daddy suka.... daddy letak video tu kat sini..





video 1




video 2




video 3



video 4

Hebat tak?

Ahad, 2 Mac 2014

Comelnya.. Macam Dalam Iklan

Anakku, hari ni Ahad 02/03/2014, Daddy dapat ambik video keletah anak daddy Jazmi dan Nana.. Ermm..comelnya daddy tengok.

Daddy bangga dengan Nana.. yang tak jemu-jemu melayan adiknya Jazmi..

Ahad, 19 Februari 2012

Nana dodoikan Jazmi

Anakku,
      Dah lama daddy tak update blog nie.. macam-macam cerita daddy nak sampaikan.. ermm.. Hari ni 19hb Februari 2012 adalah hari jadi daddy. Jadi daddy nak cerita pasal anak-anak daddy.. Baby Jazmi dah pandai meniarap siap pusing-pusing 360 darjah, Nana rajin berbual, sebutan yang daddy betul-betul faham " Dy nak gi ne? ", Fahmi pulak tengah kemaruk main game online dan game zombie. Dah boleh berlakon jadi pokok penembak zombie.. Nini pulak tengah sibuk buat kerja sekolah, dah prasekolah dah anak daddy nie. Rajin pergi sekolah, dah kenal huruf vokal A, I, E, O, U. hehehe..

      Anak daddy semua rajin-rajin, pandai tolong daddy dengan mummy. Tak caya tengok nie.. Nana tengah dodoikan Jazmi.. Lagu burung kakak tua campur bapaku pulang.. hehehe


Kalau anakku bila dah besar, ketawa tengok video nie.. daddy dengan mummy pun masa nie tengah ketawa.. hehehe.. rajinnya anakku bangga daddy.

Sabtu, 19 Mac 2011

Nasib baik hospital tak cuti anakku...

Anakku,

30 April 2009, kita hantar mummy pergi hospital. Mummy pergi daftar sendiri. Mummy nak masuk wad bersalin anakku. Daddy pula bawak anakku pergi giant, kita pergi beli barang dulu anakku. Lepas pergi giant kita balik rumah, mummy dekat hospital lagi.

Anakku,

Jam 5.00 pagi daddy masih tak boleh tidur.  Esok 1 Mei 2009 hari pekerja, daddy cuti anakku.. tapi malam ni cuma ada daddy, nini dan fahmi kat rumah. Anakku tidur awal, sebab dah penat main mainan terowong yang daddy beli siang tadi. Main sampai tak ingat mummy.... berjaya jugak umpan daddy tu.. hehehe


Anakku,

Jam 6.00 pagi daddy dapat sms dari mummy..Mummy tulis "dapat baby girl". daddy terkejut anakku.. mummy tak cakap pun kat daddy dah nak bersalin... kali nie mummy berani anakku. Dulu masa nini dan fahmi.. daddy ada kat sebelah mummy. Kali nie mummy sorang.... mummy tak nak susahkan daddy. Mummy nak daddy jaga nini dan fahmi.

Anakku,

Pukul 7.00 pagi daddy dah siapkan anakku untuk pergi melawat mummy. Sampai hospital, mummy belum ada lagi. Rupanya jururawat salah hantar mummy ke bilik lain, nasib baik mummy perasan anakku. Sampai di katil tempat mummy, daddy dah nampak baby. Comelnya..... Daddy ambil baby dan azankan di telingga kanan dan qamat di telingga kiri. alhamdullilah, mummy dan baby sihat.

Anakku,

Tengah hari, kita tengok mummy lagi, kali ni mummy kata doktor dah kasi balik rumah. Pukul 2.00 petang kita pulang kerumah dengan mummy dan baby yang baru...

Tengok tangan mummy tu ada apa?

Gambar anakku masa baru lahir... 

Ingat nama motor daddy dulu... motor pun ada nama tau....

Selasa, 8 Mac 2011

Anakku nak buat blog jugak ke?

Anakku,

Malam nie 8/3/2011 jam 11.00. Anakku Nana dan Fahmi masih belum tidur lagi. Nini dah tidur sebab masih demam. Daddy pula tengah belajar buat blog. Anakku, sambil tu daddy akan catatkan apa yang anakku buat. Buat tatapanmu bila dewasa kelak.

Anakku, daddy baru nak ingat kisah anakku semasa kecil dulu untuk daddy tulis kat blog ni. Tapi anakku datang duduk disebelah nak buat blog juga ker? Anakku nak tulis blog pasal daddy yer? tulis yang baik-baik tau.. ermmm anakku boleh tulis yang hari ni mummy sms, pesan kat daddy beli kue teow kungfu dengan kentang goreng. dah tulis anakku? pandai.......


Anakku nak jadi blogger rupanya......


"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun
menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya." 
- loqman Al Hakim