Khamis, 21 Februari 2013

Anakku Jadi Pembaca Pemberita TV

Anakku,

Hari ini daddy rasa semangat semula untuk update blog ni.. Dah lama tak update blok rupanya.. 21/02/2013 Jazmi dah lama pandai jalan cuma belum pandai bercakap. Nana dah rajin ajak berbual.. dah boleh faham setiap patah ayat yang dia keluarkan.. Kakak Nini  darjah 1, dah pandai bergaya... ada boyfriend kat sekolah, siap dapat cincin lagi...

Kat sini daddy nak cerita pasal Fahmi.. Semalam mummy tunjuk satu video dari telefon bimbit mummy yang Fahmi Rekod Sendiri... Wah.. daddy terkejut tengok.. anak daddy sungguh hebat...  boleh jadi pengarah filem atau pembaca berita..  Video ni daddy simpan dalam blog nie yer Fahmi.. nanti kalau Fahmi dah besar.. boleh ulang-ulang tengok video ni.. Ni la kerja Fahmi bila main sorang-sorang dekat rumah.. banyak sangat ideanya..


Eh.. daddy lupa nak beritahu.. Fahmi sekarang dah masuk Pra Sekolah dekat SK Mohd Khir Johari.. dah makin rajin pergi sekolah.. cuma nak bangun pagi tu susah sikit...  cikgu Fahmi nama dia Cikgu Lia tau.. jangan lupa cikgu tu bila dah besar nanti...

Cerita yang lain pasal anak daddy.. nanti daddy update lagi..