Ahad, 28 Ogos 2011

Lahirnya di Negeri Sembilan

Hari raya dah nak dekat, Baby baru jangka lahir 27hb Ogos 2011.. ermm. biasa lambat sikit boleh capai 31hb Ogos 2011, dah raya lak tu... kalau kat JB,jiran semua balik kampung dah ni..

Untuk memudahkan urusan, daddy ambik cuti dari 22hb Ogos sampai 7hb September.. hehehe lama tu.. mana tahu leh tolak cuti bersalin nanti.

15hb Ogos 2011 pergi klinik. Doktor kata mummy kena pegi hospital 26hb sebab takut ada kencing manis.. macam mana nie? ok.. kita balik kampung dulu nanti kita pergi hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Balik Kampung di Linggi, N.Sembilan 20hb Ogos, anakku sungguh gembira jumpa atuk dan wan, sampai daddy dan mummy dilupakan. Hehehe senang la daddy nak hantar mummy pergi hospital.

26hb Ogos daddy dan mummy nak pergi hospital, anakku tinggal dengan atuk dan wan yer... Sampai kat hospital doktor kata mummy kena bersalin 27hb jugak. Doktor kata nanti pukul 7.00pagi masuk ubat.. kalau tak bersalin jugak masuk ubat lagi... kalau tak bersalin jugak pakai tiub.. kalau tak bersalin jugak kena bedah... yang penting 27hb. ermmm, daddy cakap kat doktor mummy dah sakit selang 20minit.. doktor cakap... oo saya dah cek. itu bukan tanda nak bersalin... Daddy cakap dalam hati.. nak buat camna, ko kan doktor.. hehehe.

Mummy kena tahan wad.. petang mummy sms daddy nak KFC.. macam mana nie.. nak beli KFC di bulan puasa. Mummy punya pasal, daddy belikan jugak.. pukul 4.30ptg daddy tengok mummy kat wad bawak KFC.. Mummy risau kat anakku semua.. daddy cakap dengan mummy jangan risau, wan dia pandai jaga.. pukul 6.00ptg daddy balik linggi semula.. daddy pesan kat mummy kalau mummy bersalin pagi daddy datang pagi, kalau tengah hari daddy datang tengah hari..  mummy kata ok...

Pukul 10.00 mlm mummy telefon daddy kata dah sakit selang 10minit pulak.. ermm daddy tengok jam.. daddy buat jangkaan mummy mungkin bersalin pukul 3pagi kalau dah macam nie.. tu la doktor tak percaya daddy cakap. Pukul 12.30mlm mummy telefon lagi.. mummy kata dah nak masuk bilik bersalin sebab air ketuban dah pecah... Alamak cepatnya...

Daddy bersiap nak pegi hospital balik pukul 12.30 malam.. jarak kg dengan hospital dalam 38km jer ikut highway...nak masuk tol linggi ada roadblock lak...nak keluar tol seremban ada lak lori rosak kat pintu tol..daddy kena tunggu dekat 15minit baru la lori tu leh bergerak balik...huhuhu..daddy sampai hospital pukul 1.30 pagi. Daddy pergi kuanter. tekan lonceng takde org.. ermm dah bersalin ke belum? daddy tunggu dekat luar. Sampai pukul 3.45pagi daddy nampak mummy keluar kena sorong atas katil.. alhamdulillah dah ada baby. Daddy tanya jururawat girl ke boy.. jururawat kata nanti tengok sendiri yer.. pas tu mummy pun kata.. boy..

Sampai kat katil mummy jururawat siapkan baby dulu.. Lepas baby siap daddy azankan baby di telingga kanan dan qamat di telingga kiri.. daddy tanya mummy bersalin pukul berapa? mummy cakap pukul 1.06 pagi.. wah cepatnya.. mummy kata mummy lapar.. daddy belikan roti untuk mummy, nasib baik kedai kat hospital bukak 24jam. Daddy ambik gambar baby dapat la 4 keping sebab bilik gelap. Daddy sahur kat hospital dengan roti coklat. Pukul 4.25pagi daddy cakap kat mummy esok daddy datang tengah hari.. Sampai kat kampung jam dah 5.15pagi.. daddy sambung sahur minum air teh pulak.


Tengah hari daddy bawak anakku pergi melawat mummy.. Mummy kata dah boleh keluar hospital hari ni.. Lepas daddy uruskan dokumen hospital kita balik dengan baby baru... baby tak sabar nak raya rupanya... hehehe.

Anakku, kawan-kawan daddy pun ramai ucap tahniah. ermm ada jugak yang siap cadang nama.. hehehe sebagai kenangan gambar yang daddy ambik di facebook..


Terima kasih semua...

Jumaat, 29 Julai 2011

Seronok di Pantai Teluk Kemang

29/07/2011 Nini tuntut janji nak main pasir di pantai. Pukul 5.00ptg kita bergerak dari kampung menuju ke pantai yang jaraknya dalam 35km. Pak Su Amir pun tak sabar nak ikut... anakku. Mula sampai di pantai, anakku takut-takut nak jejak kaki ke air.. bila dah lama.. wah.. tak ingat nak balik... Jom tengok video ini anakku..
Video 1 (ni mummy yang ambik tau)

Video 2

dan sekeping gambar.. hehehe
ni la 3 beradik yang sibuk main air dan pasir.

Sampai di kampung, nini dan fahmi tidur awal.. nana pulak sibuk bercerita dengan wan dia pasal dia main pasir dan air dengan bahasa dia sendiri.. siap gaya lagi.. hehehe.. Hari ni anakku sungguh seronok sekali yer..

Rabu, 23 Mac 2011

Burung Murai Anakku...

Anakku,

Bila daddy dan mummy dah tua nanti, anakku dah dewasa... jangan la anakku lupa dengan blog ini. Masa tu mungkin daddy pun dah tak ingat daddy ada blog.. Jadi apa coretan yang ada kat blog nie.. daddy akan tulis ikut apa yang daddy ingat.

Daddy dapat idea nie bila tengok iklan petronas.. kat situ si ayah sedang membaca diari isterinya di waktu tadbir raya bergema.

 


Tapi daddy pakai blog jer.. manalah tahu, 20 tahun lagi petronas nak ambik idea pakai blog pulak..hahaha

Anakku,

Bila daddy dan mummy dah tua... dan anakku marah-marah daddy dan mummy.. Daddy akan kata, anakku layarilah blog Hai!Anakku http://anak123.blogspot.com

Isnin, 21 Mac 2011

Anakku yang comel.









Gambar anakku yang comel-comel....

Sabtu, 19 Mac 2011

Nasib baik hospital tak cuti anakku...

Anakku,

30 April 2009, kita hantar mummy pergi hospital. Mummy pergi daftar sendiri. Mummy nak masuk wad bersalin anakku. Daddy pula bawak anakku pergi giant, kita pergi beli barang dulu anakku. Lepas pergi giant kita balik rumah, mummy dekat hospital lagi.

Anakku,

Jam 5.00 pagi daddy masih tak boleh tidur.  Esok 1 Mei 2009 hari pekerja, daddy cuti anakku.. tapi malam ni cuma ada daddy, nini dan fahmi kat rumah. Anakku tidur awal, sebab dah penat main mainan terowong yang daddy beli siang tadi. Main sampai tak ingat mummy.... berjaya jugak umpan daddy tu.. hehehe


Anakku,

Jam 6.00 pagi daddy dapat sms dari mummy..Mummy tulis "dapat baby girl". daddy terkejut anakku.. mummy tak cakap pun kat daddy dah nak bersalin... kali nie mummy berani anakku. Dulu masa nini dan fahmi.. daddy ada kat sebelah mummy. Kali nie mummy sorang.... mummy tak nak susahkan daddy. Mummy nak daddy jaga nini dan fahmi.

Anakku,

Pukul 7.00 pagi daddy dah siapkan anakku untuk pergi melawat mummy. Sampai hospital, mummy belum ada lagi. Rupanya jururawat salah hantar mummy ke bilik lain, nasib baik mummy perasan anakku. Sampai di katil tempat mummy, daddy dah nampak baby. Comelnya..... Daddy ambil baby dan azankan di telingga kanan dan qamat di telingga kiri. alhamdullilah, mummy dan baby sihat.

Anakku,

Tengah hari, kita tengok mummy lagi, kali ni mummy kata doktor dah kasi balik rumah. Pukul 2.00 petang kita pulang kerumah dengan mummy dan baby yang baru...

Tengok tangan mummy tu ada apa?

Gambar anakku masa baru lahir... 

Ingat nama motor daddy dulu... motor pun ada nama tau....

Khamis, 17 Mac 2011

25 Pesanan Luqmanul Hakim untuk anakku..



1.Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2.Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3.Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4.Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi  tanam tanaman.

5.Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar  benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7.Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak  dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak  benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8.Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9.Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10.Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11.Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana  sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja

13.Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14.Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15.Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16.Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17.Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai  orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19.Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21.Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata  yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22.Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23.Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24.Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25.Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Rabu, 16 Mac 2011

Banjir 2006

Anakku,

19/12/2006 adalah hari yang tidak dapat daddy lupakan. Hujan masih tidak berhenti, pagi itu jam 7.00 pagi daddy sudah hendak pergi ke tempat kerja. Daddy tak jadi pergi kerja kerana air longkang depan rumah telah melimpah keluar. Daddy dan mummy cepat-cepat mengemaskan barang dan meletakkan di atas kerusi. Jiran kata rumah kawasan ni air banjir hanya paras buku lali.... selamat dah barang-barang.
Air dari Sungai Chat melipah keluar

Hujan semakin lebat anakku, paras air makin naik... makin tinggi dari tempat yang tinggi... daddy masih ingat jemput-jemput yang mummy buat untuk sarapan daddy, terapung didalam bekas belayar entah kemana...

Anakku, keadaan semakin tak terkawal.. daddy, mummy terpaksa membawa anakku ke tempat tinggi, di seberang jalan. Dari situ kita hanya melihat rumah telah dinaiki air hingga ke paras 1 meter.
Paras Air Sungai Chat

Anakku,

Petang, air telah surut semula anakku...kita pulang kerumah membersihkan rumah... hampir 2 minggu daddy dan mummy membersihkan rumah. Habis semua baju basah anakku... mesin basuh automatik siap sidai daddy (mummy) semakin penat anakku... perlukah daddy cari satu lagi mesin basuh automatik siap sidai... hehehe...,
Pegawai yang datang melawat

Anakku,
Hari itu, rumah kita hampir-hampir bersih dari perabut, tilam, kusyen, buku, tv, radio, dvd player dan macam-macam lagi...semua kena  buang anakku... Sebenarnya waktu itu mummy mu hanya tinggal sebulan sebelum waktu bersalin....
Anakku,

28/1/2007 melenyapkan semua kedukaan akibat banjir, apabila anakku yang kedua.. telah lahir kedunia.. Anak lelaki yang sungguh comel. Terima kasih mummy.... 



Anakku berusia 2 Hari
 

Video anakku dalam hari..

"Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."
- Luqman Al Hakim

Jumaat, 11 Mac 2011

Anak Pertamaku...




Anakku,
Walaupun kisah ini dah lama berlalu, tetapi daddy tetap akan ingat, 2/1/2006 saat anakku di lahirkan. Saat itu betapa gembiranya daddy kerana menjadi seorang ayah. Burung-burung berkicau-kicauan, awan berarak dengan perlahan.... agaknya la... masa tu daddy kat dalam hospital anakku, tak nampak pun.

Julietta Fazliani
Anakku memang seorang yang comel, bulu mata yang panjang dan lentik macam daddy. Tapi bukti telah daddy hapuskan... hehehe. Keluar dari hospital kita telah balik ke Kampung Seri Bunut, Parit Raja. Disitu anakku, Nenek dan Pak Ngah sedang menunggu. Mereka gembira anakku, tapi nenekmu ketika itu masih demam dan tak berapa sihat. Selang beberapa hari daddy ingin membuat surat kelahiranmu, tetapi ada surat tertinggal di Johor Bahru. Petang itu kita bertolak ke Johor Bahru dan berkata kepada nenek akan kembali ke kampung.pada hari esoknya. Nenek sempat melihatmu dah berkata, "sudah putih cucu nenek nie", sebelum kita bertolak.


Anakku,
Kita dah sampai di Johor Bahru anakku, kita berehat dan besok pagi kita akan balik ke kampung semula. Pukul 3.00 pagi, mummy mendapat pangilan telefon dari pak ngahmu yang mengatakan nenekmu sakit tenat. Kita terpaksa bergerak semula  ke kampung anakku. Dalam perjalanan menuju ke kampung, sekali kali Pak Ngah menelefon Mummy mu, dan kali ini nenekmu sudah tiada anakku....innalillahiwainnailaihirojiun.


Anakku,
Selepas majlis mengurus jenazah nenekmu selesai, kita balik ke kampung daddy di Linggi, Negeri Sembilan. Kesian mummy dan anakku terpaksa berjalan jauh. Di kampung Linggi anakku... atuk, wan, mak cik, mak tam, pak ndak dan pak su sedang menunggu mu. Anakku lah cucu pertama atuk dan wan.



Anakku,
Daddy tak ada gambarmu semasa dalam hari anakku, kerana tak teringat diwaktu itu. Tapi video ini khas untuk anakku yang comel. hehehe.. gugu gaga...

* Al-fatihah untuk Arwah Asnah bte Md.Sulong, 12/3/1949 - 7/1/2006

Rabu, 9 Mac 2011

Baby dan Ultraman Demam...

Anakku,

Malam tadi 9/3/2011 Fahmi dan Nana pulak demam. Esok daddy nak pergi Mesyuarat kat SK Sri Telok, Parit Yaani, Batu Pahat. Tak mengapa anakku, daddy boleh jaga anakku lagi malam ni..


Petang pukul 6, anakku Fahmi masih sihat lagi, cuma Nana jer yang nampak kurang sihat. Anakku berlari-lari di Pasaraya Giant dah mengalahkan mummy pegi shopping. Anakku beli macam-macam, daddy tak kisah anakku.


Keluar pasaraya Giant, anakku masih tak cukup lagi barang nak shopping. Daddy tunggu kat luar dengan Nana dan  anakku pergilah dengan  mummy cari apa yang anakku nak. Daddy tunggu 15 minit, anakku sampai dengan wajah bertukar menjadi Ultraman dan Minnie.. hahaha.. apa nak jadi la anakku ini.


Suka hatilah anakku, asal anakku bahagia. Balik kita singgah kat restoran beli bungkus makan malam.


Daddy makan roti canai jer.... alhamdulillah.


"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"

- Luqman Al Hakim

Selasa, 8 Mac 2011

Anakku nak buat blog jugak ke?

Anakku,

Malam nie 8/3/2011 jam 11.00. Anakku Nana dan Fahmi masih belum tidur lagi. Nini dah tidur sebab masih demam. Daddy pula tengah belajar buat blog. Anakku, sambil tu daddy akan catatkan apa yang anakku buat. Buat tatapanmu bila dewasa kelak.

Anakku, daddy baru nak ingat kisah anakku semasa kecil dulu untuk daddy tulis kat blog ni. Tapi anakku datang duduk disebelah nak buat blog juga ker? Anakku nak tulis blog pasal daddy yer? tulis yang baik-baik tau.. ermmm anakku boleh tulis yang hari ni mummy sms, pesan kat daddy beli kue teow kungfu dengan kentang goreng. dah tulis anakku? pandai.......


Anakku nak jadi blogger rupanya......


"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun
menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya." 
- loqman Al Hakim

Ahad, 6 Mac 2011

Ada baby baru nanti.

Anakku,

Hari ni, 7/3/2011 daddy pergi kerja pukul 7.30 pagi balik rumah semula pukul 9.00 pagi. Daddy nak bawak mummy pegi klinik jumpa doktor. Daddy hantar mummy jer, lepas tu daddy bawak anakku semua pegi pusing-pusing naik kereta.

Lepas pusing-pusing kita balik rumah, daddy pujuk ajak tengok cerita kartun. Sampai rumah anakku marah sebab takde kartun kat tv. Daddy pujuk lagi tengok barney kat youtube. Satu komputer tak cukup daddy buka dua komputer, jangan gaduh anakku.

Pukul 11.00 mummy sms suruh daddy masak nasi 3 cawan setengah katanya. Daddy pergi dapur cepat-cepat masak nasi. Pukul 11.45 daddy ajak ambik mummy, kita tunggu depan klinik. Bila mummy sampai mummy tunjuk buku mummy ada gambar kecil warna hitam.


Gambar bakal adikmu anakku, kalau ikut doktor mungkin 31 ogos 2011, anakku akan ada adik lagi. anakku walau pun hari tu hari kemerdekaan dan hari raya, daddy tetap akan tunggu.

Tangan Patah

Anakku,


Daddy dah pesan jangan main kat rumah atas nanti jatuh. Tapi sebab anakku tengok ramai kawan kat atas dia naik juga.. Tak sampai beberapa minit daddy dengar anakku nangis dengan jeritan yang kuat sekali. Turun dari tangga daddy tengok tangan anakku dah bengkok. Kelam kabut daddy dan mummy nak siap pergi hospital.

Kat hospital lepas x-ray, sah patah.. kena tahan wad. Mummy kena jaga baby, daddy tunggu kat wad. Pukul 8.00 malam doktor kata mungkin kena bedah sikit. Pukul 10.00 malam doktor lain pulak kata tak payah bedah pukul 11.00 malam masuk bilik operasi. Daddy duduk luar tunggu.

Kat luar daddy dengar anakku jerit kata sakit, daddy kesian tapi nak buat macam mana. Pukul 11.30 malam operasi simen dah siap. Anakku dah kena simen, dah macam robot. Daddy pujuk tengok tv, masa tu cerita shrek sampailah anakku tertidur kepenatan.


Pukul 4.00 pagi, jururawat minta bawa anakku ke tempat x-ray. Cantik juga jururawat tu anakku... hehehe.

Pagi pukul 10.00 pagi mummy datang bawak baju, tuala dan makanan.. Ermm mummy datang kejap jer sebab, mummy jaga baby. Pukul 11.00 doktor datang tengok x-ray yang baru, doktor kata boleh balik anakku. Mesti doktor tu jelous tak kasi tengok jururawat lama-lama.. takpe...

Pukul 11.30 jururawat dah bagi surat dan kebenaran untuk keluar. Sebab daddy kuat, daddy dukung anakku dengan beg baju sekali. Berat juga anakku bersama simen tu.. Simen tu nanti bukak balik kat hospital 2 bulan lagi.


ni la gambar kenangan anakku pada 18/05/2010

"Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman"
- Luqman Al Hakim

Anakku Demam

Jumaat, 3/3/2011
Sedar pukul 4 pagi sebab anakku muntah, ermm anakku demam panas.. aku tahu anak aku memang tak suka makan ubat.. jadi aku dah sediakan ubat poro kat peti sejuk.. aku bangun dan ambil ubat poro tu. Untuk pengetahuan ubat poro tu ubat tu yang selalu doktor guna bila kita pegi klinik. masukkan ubat melalui lubang dubur.

Ubat ni kandungan dalam dia adalah paracetamol , cuma ia bertindak lebih pantas untuk mengurangkan panas badan anak anda... Yang ada anak tu, aku galakkan sangat simpan benda ini untuk tujuan kecemasan.

Inilah anakku yang demam, bila dah demam dan asyik muntah memang susah la nak suruh makan.. semua yang mummy masak dia kata tak sedap.. tak sama macam selalu.. kesian kat anakku, puas pujuk nak suruh makan. tapi tak nak. akhirnya dia kata nak daddy masak telur letak mayonis macam dulu..Untuk anakku daddy buat juga..


Tapi dah nama demam, dia kata tak sedap juga... apa la nasib.. daddy jer la yang makan...yurm..yurm..

Esok pukul 4 pagi lagi anakku bangun lagi..  aku confius tengok anak aku cakap tah apa-apa.. cepat-cepat aku baca ayat kursi.. tanya dia lapar ker?.dia jawab lapar.. aku dukung anakku pergi ke dapur.. tengah bukak pintu dapur anakku tanya. Daddy kita kat mana nie? makin pelik aku.. aku pun cakap. kakak kan lapar.. aku pun ambik roti dan sapukan dengan coklat.. dia gigit sekali pastu kata tak sedap...
ermm.. tak pelah  anakku demam...

Khamis, 3 Mac 2011

Blog untuk catatan anakku...

Buat anakku....

Julietta Fazliani, Muhammad Jad Fahmi dan Julia Farhana.
Keletahmu akan daddy tulis dalam blog nie. untuk tatapanmu pada masa akan datang..

Nini dan Nana

Fahmi

Jangan nakal-nakal...