Ahad, 4 Mac 2012

Jazmi dah pandai apa?

Anakku, hari nie daddy sempat ambik video Jazmi yang dah pandai merayau.. dah jauh dah merayau.. minggu lepas baru pusing 360 darjah main gostan-gostan. Tapi hari nie dah pandai kejar barang... ermm tak leh la daddy nak tinggalkan Jazmi baring sorang-sorang lagi.. anak daddy dah laju..



daddy tengah buat kerja, Jazmi dah cuit kaki daddy, terkejut daddy.. hehehe.
hari ni Jazmi dah masuk umur 6 bulan 6 hari... tahniah anakku.. daddy tahu Jazmi tak faham kalau baca sekarang.. takpe.. dah besar nanti Jazmi leh baca dan tengok video nie online.. 

eh.. anak daddy yang lain buat apa masa nie? anak daddy yang lain sibuk main game zombie vs plant bersama-sama..  dah lulus dah anakku pegang mouse tu. kalah daddy...

Ahad, 19 Februari 2012

Nana dodoikan Jazmi

Anakku,
      Dah lama daddy tak update blog nie.. macam-macam cerita daddy nak sampaikan.. ermm.. Hari ni 19hb Februari 2012 adalah hari jadi daddy. Jadi daddy nak cerita pasal anak-anak daddy.. Baby Jazmi dah pandai meniarap siap pusing-pusing 360 darjah, Nana rajin berbual, sebutan yang daddy betul-betul faham " Dy nak gi ne? ", Fahmi pulak tengah kemaruk main game online dan game zombie. Dah boleh berlakon jadi pokok penembak zombie.. Nini pulak tengah sibuk buat kerja sekolah, dah prasekolah dah anak daddy nie. Rajin pergi sekolah, dah kenal huruf vokal A, I, E, O, U. hehehe..

      Anak daddy semua rajin-rajin, pandai tolong daddy dengan mummy. Tak caya tengok nie.. Nana tengah dodoikan Jazmi.. Lagu burung kakak tua campur bapaku pulang.. hehehe


Kalau anakku bila dah besar, ketawa tengok video nie.. daddy dengan mummy pun masa nie tengah ketawa.. hehehe.. rajinnya anakku bangga daddy.

Ahad, 28 Ogos 2011

Lahirnya di Negeri Sembilan

Hari raya dah nak dekat, Baby baru jangka lahir 27hb Ogos 2011.. ermm. biasa lambat sikit boleh capai 31hb Ogos 2011, dah raya lak tu... kalau kat JB,jiran semua balik kampung dah ni..

Untuk memudahkan urusan, daddy ambik cuti dari 22hb Ogos sampai 7hb September.. hehehe lama tu.. mana tahu leh tolak cuti bersalin nanti.

15hb Ogos 2011 pergi klinik. Doktor kata mummy kena pegi hospital 26hb sebab takut ada kencing manis.. macam mana nie? ok.. kita balik kampung dulu nanti kita pergi hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Balik Kampung di Linggi, N.Sembilan 20hb Ogos, anakku sungguh gembira jumpa atuk dan wan, sampai daddy dan mummy dilupakan. Hehehe senang la daddy nak hantar mummy pergi hospital.

26hb Ogos daddy dan mummy nak pergi hospital, anakku tinggal dengan atuk dan wan yer... Sampai kat hospital doktor kata mummy kena bersalin 27hb jugak. Doktor kata nanti pukul 7.00pagi masuk ubat.. kalau tak bersalin jugak masuk ubat lagi... kalau tak bersalin jugak pakai tiub.. kalau tak bersalin jugak kena bedah... yang penting 27hb. ermmm, daddy cakap kat doktor mummy dah sakit selang 20minit.. doktor cakap... oo saya dah cek. itu bukan tanda nak bersalin... Daddy cakap dalam hati.. nak buat camna, ko kan doktor.. hehehe.

Mummy kena tahan wad.. petang mummy sms daddy nak KFC.. macam mana nie.. nak beli KFC di bulan puasa. Mummy punya pasal, daddy belikan jugak.. pukul 4.30ptg daddy tengok mummy kat wad bawak KFC.. Mummy risau kat anakku semua.. daddy cakap dengan mummy jangan risau, wan dia pandai jaga.. pukul 6.00ptg daddy balik linggi semula.. daddy pesan kat mummy kalau mummy bersalin pagi daddy datang pagi, kalau tengah hari daddy datang tengah hari..  mummy kata ok...

Pukul 10.00 mlm mummy telefon daddy kata dah sakit selang 10minit pulak.. ermm daddy tengok jam.. daddy buat jangkaan mummy mungkin bersalin pukul 3pagi kalau dah macam nie.. tu la doktor tak percaya daddy cakap. Pukul 12.30mlm mummy telefon lagi.. mummy kata dah nak masuk bilik bersalin sebab air ketuban dah pecah... Alamak cepatnya...

Daddy bersiap nak pegi hospital balik pukul 12.30 malam.. jarak kg dengan hospital dalam 38km jer ikut highway...nak masuk tol linggi ada roadblock lak...nak keluar tol seremban ada lak lori rosak kat pintu tol..daddy kena tunggu dekat 15minit baru la lori tu leh bergerak balik...huhuhu..daddy sampai hospital pukul 1.30 pagi. Daddy pergi kuanter. tekan lonceng takde org.. ermm dah bersalin ke belum? daddy tunggu dekat luar. Sampai pukul 3.45pagi daddy nampak mummy keluar kena sorong atas katil.. alhamdulillah dah ada baby. Daddy tanya jururawat girl ke boy.. jururawat kata nanti tengok sendiri yer.. pas tu mummy pun kata.. boy..

Sampai kat katil mummy jururawat siapkan baby dulu.. Lepas baby siap daddy azankan baby di telingga kanan dan qamat di telingga kiri.. daddy tanya mummy bersalin pukul berapa? mummy cakap pukul 1.06 pagi.. wah cepatnya.. mummy kata mummy lapar.. daddy belikan roti untuk mummy, nasib baik kedai kat hospital bukak 24jam. Daddy ambik gambar baby dapat la 4 keping sebab bilik gelap. Daddy sahur kat hospital dengan roti coklat. Pukul 4.25pagi daddy cakap kat mummy esok daddy datang tengah hari.. Sampai kat kampung jam dah 5.15pagi.. daddy sambung sahur minum air teh pulak.


Tengah hari daddy bawak anakku pergi melawat mummy.. Mummy kata dah boleh keluar hospital hari ni.. Lepas daddy uruskan dokumen hospital kita balik dengan baby baru... baby tak sabar nak raya rupanya... hehehe.

Anakku, kawan-kawan daddy pun ramai ucap tahniah. ermm ada jugak yang siap cadang nama.. hehehe sebagai kenangan gambar yang daddy ambik di facebook..


Terima kasih semua...

Jumaat, 29 Julai 2011

Seronok di Pantai Teluk Kemang

29/07/2011 Nini tuntut janji nak main pasir di pantai. Pukul 5.00ptg kita bergerak dari kampung menuju ke pantai yang jaraknya dalam 35km. Pak Su Amir pun tak sabar nak ikut... anakku. Mula sampai di pantai, anakku takut-takut nak jejak kaki ke air.. bila dah lama.. wah.. tak ingat nak balik... Jom tengok video ini anakku..
Video 1 (ni mummy yang ambik tau)

Video 2

dan sekeping gambar.. hehehe
ni la 3 beradik yang sibuk main air dan pasir.

Sampai di kampung, nini dan fahmi tidur awal.. nana pulak sibuk bercerita dengan wan dia pasal dia main pasir dan air dengan bahasa dia sendiri.. siap gaya lagi.. hehehe.. Hari ni anakku sungguh seronok sekali yer..

Rabu, 23 Mac 2011

Burung Murai Anakku...

Anakku,

Bila daddy dan mummy dah tua nanti, anakku dah dewasa... jangan la anakku lupa dengan blog ini. Masa tu mungkin daddy pun dah tak ingat daddy ada blog.. Jadi apa coretan yang ada kat blog nie.. daddy akan tulis ikut apa yang daddy ingat.

Daddy dapat idea nie bila tengok iklan petronas.. kat situ si ayah sedang membaca diari isterinya di waktu tadbir raya bergema.

 


Tapi daddy pakai blog jer.. manalah tahu, 20 tahun lagi petronas nak ambik idea pakai blog pulak..hahaha

Anakku,

Bila daddy dan mummy dah tua... dan anakku marah-marah daddy dan mummy.. Daddy akan kata, anakku layarilah blog Hai!Anakku http://anak123.blogspot.com

Isnin, 21 Mac 2011

Anakku yang comel.









Gambar anakku yang comel-comel....

Sabtu, 19 Mac 2011

Nasib baik hospital tak cuti anakku...

Anakku,

30 April 2009, kita hantar mummy pergi hospital. Mummy pergi daftar sendiri. Mummy nak masuk wad bersalin anakku. Daddy pula bawak anakku pergi giant, kita pergi beli barang dulu anakku. Lepas pergi giant kita balik rumah, mummy dekat hospital lagi.

Anakku,

Jam 5.00 pagi daddy masih tak boleh tidur.  Esok 1 Mei 2009 hari pekerja, daddy cuti anakku.. tapi malam ni cuma ada daddy, nini dan fahmi kat rumah. Anakku tidur awal, sebab dah penat main mainan terowong yang daddy beli siang tadi. Main sampai tak ingat mummy.... berjaya jugak umpan daddy tu.. hehehe


Anakku,

Jam 6.00 pagi daddy dapat sms dari mummy..Mummy tulis "dapat baby girl". daddy terkejut anakku.. mummy tak cakap pun kat daddy dah nak bersalin... kali nie mummy berani anakku. Dulu masa nini dan fahmi.. daddy ada kat sebelah mummy. Kali nie mummy sorang.... mummy tak nak susahkan daddy. Mummy nak daddy jaga nini dan fahmi.

Anakku,

Pukul 7.00 pagi daddy dah siapkan anakku untuk pergi melawat mummy. Sampai hospital, mummy belum ada lagi. Rupanya jururawat salah hantar mummy ke bilik lain, nasib baik mummy perasan anakku. Sampai di katil tempat mummy, daddy dah nampak baby. Comelnya..... Daddy ambil baby dan azankan di telingga kanan dan qamat di telingga kiri. alhamdullilah, mummy dan baby sihat.

Anakku,

Tengah hari, kita tengok mummy lagi, kali ni mummy kata doktor dah kasi balik rumah. Pukul 2.00 petang kita pulang kerumah dengan mummy dan baby yang baru...

Tengok tangan mummy tu ada apa?

Gambar anakku masa baru lahir... 

Ingat nama motor daddy dulu... motor pun ada nama tau....