Khamis, 14 Januari 2016

Projek Video Lego anak yang daddy terkejut..

Dah lama daddy tak update blog. Tapi semalam 14/01/2016 bila nak tolong delete fail telefon anak. Daddy terjumpa lak video kreatif anak-anak daddy... macam tak percaya lak anak daddy buat pakai phone samsung galaxy y jer.... daddy pun tak pandai nak buat camtu... hahaha.. sebab daddy suka.... daddy letak video tu kat sini..





video 1




video 2




video 3



video 4

Hebat tak?

Rabu, 6 Mei 2015

Fahmi Sunat Darjah 1

"Abang nak sunat". eh..semangat pulak anakku tiba-tiba nak sunat. Cuti hujung tahun lambat lagi tapi abang dah tak sabar, nak jugak cuti sekolah bulan September. Mummy kata sunat kat kampung sebab Mummy tak reti nak jaga abang nanti. Daddy ok jer..

Cuti sekolah kita balik kampung, masa tu Jumaat 12 September 2014. Oleh sebab cuti tak panjang, hari Sabtu kita pergi cari klinik dekat Rembau, cari klinik tempat pak su Amir sunat dulu.. ermm dah tutup klinik tu.. tapi nasib baik ada gps untuk cari klinik lain.. akhirnya kita jumpa klinik Dr.Azman.
Mummy minta untuk abang sunat hari Ahad, tapi sebab klinik tu tengah takde orang langsung.. Doktor minta untuk sunat hari tu juga.

Penat la tu..



Ahad, 2 Mac 2014

Comelnya.. Macam Dalam Iklan

Anakku, hari ni Ahad 02/03/2014, Daddy dapat ambik video keletah anak daddy Jazmi dan Nana.. Ermm..comelnya daddy tengok.

Daddy bangga dengan Nana.. yang tak jemu-jemu melayan adiknya Jazmi..

Khamis, 14 November 2013

Julietta - Anugerah Tahun 1

hari ni 14/11/2013 anakku bawa balik berita gembira buat mummy dan daddy.. Anakku Julietta dapat sijil anugerah cemerlang... ermm daddy tak dapat tengok pun.. daddy dapat tengk bila mummy masukkan gmbar dalam facebook.. tahniah anakku.. walaupun hari ni daddy demam sikit.. tapi daddy tulis jugak kat blog untuk dijadikan kenangan.

ni la band yang cikgu beri..  tapi daddy lebih suka ben 10.. sebab boleh tukar-tukar bentuk.. hehehe

takde ben10 disini..
ni daddy bagi ben 10 untuk anak daddy Julietta..


 Ni gambar mesti mummy ambik gambar kat bilik. sebab daddy kenal langsir tu..
dah pandai jugak mummy ambikkan gambar.. tengok tu.. ada nama daddy la... kira daddy pun tumpang cemerlang la kan..

daddy dan mummy bangga dengan semua anak mummy daddy.. lepas ni kena belajar rajin-rajin lagi tau.. 

Rabu, 6 November 2013

Seroja

Selasa 29/10/2013. Daddy hari ni nak cerita tentang Fahmi.. anak daddy ni memang seorang yang baik dan bijak.. cuma dekat sekolah anak daddy jadi terlebih manja dan pendiam.. Pelik mummy dan daddy tengok.. Tapi bila kat rumah ermmm... nakal sikit.. nie video Fahmi mengajuk Nana yang tak nak naik kereta lama daddy..

Video ni biar cikgu fahmi tengok.. baru cikgu tahu fahmi macam mana..

Gara-gara terlebih tengok cerita Lagenda Budak Hostel. Anak-anak daddy pun dah pandai nyanyi lagu seroja... Ni pun yang Fahmi Nyanyi...

Macam-macam perangai anak daddy nie..

Ahad, 27 Oktober 2013

Fahmi Ambil Ujian Diagnostik


Sabtu, 26 Oktober 2013. Fahmi Ambil Ujian Diagnostik Untuk Tahun 1 di SK Mohd Khir Johari. Ujian bermula pukul 8.30. Daddy tahu Fahmi memang pandai, jadi daddy dan mummy pun balik la rumah dulu sementara tunggu pukul 12.00. Pukul 12.00 daddy datang semula.. Mummy kata Fahmi Nangis sebab lapar masa kat kelas.. ermm tu la.. Mummy suruh sarapan tak nak sarapan... Tapi takpe yang penting keputusan Fahmi.. Jeng..jeng..jeng.. 40/40.. wah.. tahniah anakku.. Habis la Mummy, janji nak beli hadiah pistol.. kena beli la nampaknya..

Tengok, semua nak ambik gambar sebab Fahmi pandai.. hehehe.. Kakak Julietta jangan marah.. Kakak pun pandai jugak.. Anak Daddy Semua Pandai..


 Dalam Kereta Daddy ngan Mummy Puji Fahmi Pandai sebab dapat jawab semua.. Kakak Julietta cakap Fahmi dapat jawab sebab kakak dah doa kat Allah supaya Fahmi boleh jawab nanti.. Baikkan Kakak Julietta sebab doakan Fahmi...  Anak-anak daddy dan mummy memang baik semua..


Ni la keputusan Fahmi yang Daddy besarkan... ( Gambar ni semua daddy curi kat facebook mummy.. hehehe )

Semoga Anakku akan sentiasa cemerlang....

Khamis, 21 Februari 2013

Anakku Jadi Pembaca Pemberita TV

Anakku,

Hari ini daddy rasa semangat semula untuk update blog ni.. Dah lama tak update blok rupanya.. 21/02/2013 Jazmi dah lama pandai jalan cuma belum pandai bercakap. Nana dah rajin ajak berbual.. dah boleh faham setiap patah ayat yang dia keluarkan.. Kakak Nini  darjah 1, dah pandai bergaya... ada boyfriend kat sekolah, siap dapat cincin lagi...

Kat sini daddy nak cerita pasal Fahmi.. Semalam mummy tunjuk satu video dari telefon bimbit mummy yang Fahmi Rekod Sendiri... Wah.. daddy terkejut tengok.. anak daddy sungguh hebat...  boleh jadi pengarah filem atau pembaca berita..  Video ni daddy simpan dalam blog nie yer Fahmi.. nanti kalau Fahmi dah besar.. boleh ulang-ulang tengok video ni.. Ni la kerja Fahmi bila main sorang-sorang dekat rumah.. banyak sangat ideanya..


Eh.. daddy lupa nak beritahu.. Fahmi sekarang dah masuk Pra Sekolah dekat SK Mohd Khir Johari.. dah makin rajin pergi sekolah.. cuma nak bangun pagi tu susah sikit...  cikgu Fahmi nama dia Cikgu Lia tau.. jangan lupa cikgu tu bila dah besar nanti...

Cerita yang lain pasal anak daddy.. nanti daddy update lagi..